Tampil berkongsi rasa, pelakon Nabila Huda telah memuat naik sebuah warkah yang dikirim anaknya, baru-baru ini.
Menurut Nabila, Keisha yang kini berusia 10 tahun telah menulis sebuah surat mengharapkan dia pulang awal daripada kerja selepas ini.
Mengakui terpaksa berkorban demi kerjaya, Nabila merasakan dirinya bukanlah ibu yang baik dan bertanggungjawab.
View this post on Instagram
“Kadang-kadang Abil rasa Abil gagal sebagai ibu, Sentias berjauhan, sentiasa berada di set, kurang tidur, kurang masa. Itu susahnya menjadi seorang Abil, Ibu sangat sayangkan kamu, babykash”
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut Instagram memahami situasi yang dialami pelakon tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
View this post on Instagram
Sekadar info, Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Izwan Johar pada Disember 2015. Pelakon filem Munafik itu pernah bernikah kali pertama dan memperoleh cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments