Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36 tahun pada selasa lalu, personaliti TV Sherry Alhadad telah menerima banyak ucapan selamat daripada peminat dan juga rakan artis.
Namun, yang paling menarik perhatian adalah ucapan daripada Datin Marlia Musa yang juga pensyarah Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang tampil mengimbau detik pertemuannya dengan Sherry.
Menerusi ruangan Instagram, Datin Marlia mendedahkan bahawa Sherry merupakan seorang individu yang mempunyai keyakinan tinggi sejak awal perkenalan mereka dahulu.
View this post on Instagram
Menganggap keyakinan pengacara TV popular itu sebagai punca utama dia kini bergelar selebriti berjaya, Datin Marlia yang juga isteri kepada penyanyi lagenda M Nasir sempat bercerita mengenai pengalaman lucunya bersama Sherry Alhadad.
View this post on Instagram
“..satu hari saya perasan yang dia cuba melarikan diri dari saya..bila saya cari ada saja alasannya. Rupanya ketika itu dia sedang dirundung duka. Cinta remajanya musnah. Saya confront dia, menangislah kami teresak-esak..”
Sempena sambutan hari lahir Sherry, Datin Marlia sempat menitipkan doa supaya diketemukan jodoh yang baik serta beriman dan sentiasa sukses dalam kehidupan.
Selamat hari lahir diucapkan kepada Sherry Alhadad. Semoga sukses selalu!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments