#Hiburan: Akui Sebak, Ustaz Ebit Lew Bantu Mangsa Banjir Di Perak

Seperti biasa, seakan tidak pernah penat menghulurkan bantuan kepada orang ramai, nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sekali lagi meraih perhatian netizen berikutan sikap mulia yang ditonjolkannya.

Ebit lew banjir perak

Menurut sebuah posting yang dimuat naik olehnya di laman Facebook, jelas kelihatan Ebit tampil ‘turun padang’ membantu mangsa banjir di beberapa lokasi di Perak.

Katanya, beliau khabarnya sebak ketika menziarahi kawasan banjir di Kampung Changkat Lobak, Kampung Parit Air Hitam 2 dan pusat mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Parit Hj Aman Perak. 

“Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga, 64 tilam queen dan 130 tilam single serta sedikit duit belanja dan barang makanan. Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat. Ini banjir ketiga pada tahun 2020 buat mereka. Tiga kali dipindahkan ke pusat banjir.”

Bagaimanapun, beliau yang dikenali sebagai individu yang kaya dengan ilmu agama itu dilihat tidak ketinggalan ‘mencuri’ masa memberi tazkirah kepada mangsa banjir.

Ebit lew banjir perak

“Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis, berat ujian mereka. Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil ada yang warga emas dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari.”

Bagaimanapun, beliau juga akui segala yang berlaku ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Malah, dirinya juga memohon agar Tuhan memberikan kekuatan kepada semua yang ditimpa musibah tersebut.

Ebit lew banjir perak

Untuk rekod, hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di Perak bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sekali ganda daripada 319 orang pada 9 malam tadi kepada 736 setakat jam 6 pagi semalam.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments