Pelawak dan pengacara, Jihan Muse dilaporkan telah menjalani ujian saringan COVID-19 bersama ahli keluarganya pada hari Isnin yang lalu.
Dia turut memaklumkan hasil keputusan saringan yang diperolehi adalah negatif bagi kesemua ahli keluarganya.
Menurut Jihan, pada awal ujian calitan ingin dilakukan, dia berasa sangat risau jika anaknya, Arsalan tidak mampu menjalani ujian saringan tersebut.
Namun, setelah melalui proses itu, dia lega kerana anak lelakinya itu menghadapinya dengan baik dan turut disahkan negatif COVID-19.
View this post on Instagram
“Isnin lepas kami sekeluarga buat covid-19 swab test di rumah. Punyalah kami risau Arsalan tak tahan (ujian swab COVID-19) rupanya ‘terbalik’. Arsalan steady je. Alhamdullilah semalam kami terima keputusan ujian tersebut dan ia negatif. Syukur ke hadrat Allah.”
Perkongsian video tersebut boleh dilihat menerusi akaun Instagram milik Jihan Muse.
View this post on Instagram
Terdahulu, pengacara tersebut telah didakwa tidak menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari setelah dilihat berada dalam satu program bersama hos Alif Satar yang baru-baru ini telah dilaporkan positif wabak penyakit itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments