Pengacara dan juga penyanyi, Aril Pilus baru-baru ini telah membuat ucapan khas hari lahir buat abangnya yang telah kembali ke rahmatullah tidak lama dahulu.
Menerusi ruangan Instagram, Aril menitipkan kata-kata khas dan juga mengucapkan kerinduan kepada Allahyarham Izwan Pilus yang juga merupakan seorang penyanyi di Malaysia.
Dalam entri berkenaan, Aril mengatakan jika abangnya itu masih ada kini, Izwan telah pun mengjangkau usia 41 tahun. Dia dalam pada itu turut mendoakan agar roh Izwan sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan mendapat rahmatNya.
View this post on Instagram
“Selamat ulang tahun yang ke-41 Abang Wan Kutek! Tua dah kau yeh! Aku doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan moga Allah S.W.T satukan semula keluarga kita di syurga Allah S.W.T suatu hari nanti. Amin. Aku sentiasa doakan kau tenang.”
Namun begitu, meskipun masih berasa sedih atas kehilangan abangnya itu, Aril tidak mahu terlalu berdukacita kerana hari kelahiran ibunya dan Izwan jatuh pada hari yang sama.
Dia turut sempat memohon doa orang ramai dan juga peminat agar roh Izwan sentiasa tenang di alam sana. Sekadar info,Allahyarham Izwan yang terkenal dengan lagu Kembali Senyum itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments