Pelakon, pengarah dan juga penyanyi, Syamsul Yusof mendedahkan bahawa dia dan isteri, Puteri Sarah Liyana sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak rumah tangga mereka dilanda masalah.
Bahtera yang dibina sejak enam tahun lalu itu dikatakan mula berantakan apabila Puteri Sarah telah dilihat hadir ke pejabat agama tidak berapa lama dahulu.
Syamsul,36, yang ditemui Berita Harian kemudiannya menjelaskan bahawa dia kini tidak lagi tinggal bersama isterinya itu dan dia kini hanya menyibukkan diri dengan karier dan kerjayanya.
Pengarah filem Munafik dalam pada itu berkata lagi bahawa sebolehnya dia tidak mahu melafazkan cerai dan mahu menyelamatkan rumah tangga jauh sekali ingin berpisah dengan ibu kepada anak-anaknya itu.
View this post on Instagram
“Terus terang, saya tak mahu bercerai. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan.”
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Syamsul menyedari bahawa dia kini diuji dengan ujian rumah tangga dan mengakui apa yang berlaku pada ketika ini datang daripada kekhilafan dirinya sendiri.
View this post on Instagram
Mengakui Puteri Sarah seorang isteri yang baik, dia kini hanya bermuhasabah dan ingin memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Dia turut meminta peminat di luar sana supaya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Dia dalam pada itu turut menjelaskan bahawa meskipun sudah tidak sebumbung, Syamsul masih mempunyai kesempatan untuk bertemu kedua anaknya yang telah dibawa Sarah untuk tinggal bersama kedua ibu-bapanya.
Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan ini!
Sumber : Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments