#Hiburan: “Ada Yang Cungkil Mata, Nak Hantar Santau..” Uyaina Arshad Terima Mesej Ugutan Gara-Gara Watak Usu Dalam Drama Perempuan Tanpa Dosa

Gara-gara membawa watak Usu dalam drama Perempuan Tanpa Dosa, pelakon Uyaina Arshad mengakui telah menerima banyak mesej berbaur ugutan di ruangan Instagram miliknya.

Malah, menurut Uyaina dia juga menerima mesej mengatakan mahu berjumpa bomoh semata-mata untuk menghantar santau kepadanya hanya kerana watak Usu dalam drama tersebut.

Drama yang kini ditayangkan di saluran Astro itu turut dibintangi pelakon hebat seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Memang tak sanggup nak baca komen atau nak buka mesej yang mereka hantar. Tapi kadang-kadang tu terbaca juga sebab nak tahu apa reaksi penonton terhadap watak Usu Sakinah tu,”

Watak Usu yang pada awalnya muncul sebagai seorang yang naif dan sopan kini mula dibenci penonton setelah berubah menjadi seorang wanita yang pendendam dan menyimpan impian untuk menjadi isteri kedua kepada lelaki yang dicintainya iaitu Kamal Adli yang membawa watak sebagai Rizal.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Menurut Uyaina, meskipun tiada perkara buruk yang terjadi pada dirinya ketika ini, dia mengambil langkah untuk lebih berhati-hati jika di luar set penggambaran kerana bimbang ada individu yang melampaui batas.

View this post on Instagram

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Kadang-kadang rasas takut juga jika apa yang dikatakan itu benar terjadi. Tapi saya cuba berfikiran positif. Malah saya juga paparkan kehidupan realiti saya di IG supaya pengikut tidak menganggap saya seperti dalam watak itu,”

Dia juga sempat meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membawa watak penting dalam drama arahan pengarah terkenal, Michael Ang. Menurut Uyaina, drama tersebut sedikit sebanyak telah menaikkan namanya dalam industri perfileman tempatan.

Sumber : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments