#Hiburan: Da’i Syed Dedah Bapa Tak Setuju Dirinya Sertai Program Da’i

Pendakwah muda yang kini kian mendapat perhatian umum rentetan kontroversi panas yang melanda dirinya ketika ini,m iaitu Da’i Syed tampil mendedahkan hubungannya dengan bapa, Syed Mohammad Shaiful sudah keruh sejak 2016.

Katanya, hubungan mereka semakin retak selepas dirinya terbabit dalam program realiti Da’i kerana tidak mendapat restu.

“Keadaan sebenar hubungan semasa antara kami adalah perkara peribadi yang perlu disimpan oleh saya. Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda saya sudah lama meninggalkan ibu saya sejak 2017, lantas berpindah ke Kaherah, Mesir. Hubungan kami berdua keruh seawal tahun 2016 apabila dia tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya saya untuk menyertai program Da’i.”

Kata Syed, beliau kini bersifat terbuka untuk menerima sahaja segala nasihat yang diberikak bapanya berikutan tuduhan yang dilemparkan oleh seorang individu di laman Twitter yang mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol Syed.

“Namun, atas rasa hormat seorang anakanda kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati yang terbuka.”

Terdahulu, bapanya menerusi sebuah hantaran di Facebook seakan meminta Syed meninggalkan dunia selebriti andai beliau benar-benar bersalah.

Dai syed rogol gadis

Bagaimanapun, susulan kes yang kian hangat ini, Syed khabarnya bakal memfailkan saman fitnah terhadap individu yang menyebarkan cerita tentang dakwaan rogol terbabit.

“Saya dengan ini menuntut supaya pengguna akaun Twitter berkenaan untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnah, ditokok tambah, disebarkan dan ditujukan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera. Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Permohonan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama fitnah ke atas saya disebarkan.”

Untuk rekod, Da’i Syed merupakan peserta program Da’i musim ke-4 pada tahun 2016.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments