#Hiburan: “Bagi Percuma Pun Orang Taknak..” Shuib Sepahtu Imbas Kenangan Jual Kopi Tak Laku

Pelawak dan penyampai radio yang kini juga bergelar usahawan, Shuib Sepahtu mengimbau kenangan sewaktu dia memulakan bisnes menjual kopi yang diberi nama Kopi Shuib pada suatu ketika dahulu sebelum berjaya dengan perniagaannya kini.

Menurut Shuib,36, pelbagai kenangan telah dicipta ketika awal penglibatannya sebagai penjual kopi namun terpaksa menerima kenyataan apabila perniagaanya tidak mendapat sambutan oleh pengguna.

Tambah Shuib lagi, hanya 3,000 kotak terjual daripada 10,000 kotak yang dihasilkan. Sehingga ke satu tahap dia memilih untuk memberikan secara percuma kepada orang ramai.

Mengakui bahawa produk Kopi Shuib merupakan sebuah produk yang berkualiti, namun tanpa sistem pemasaran serta platform penjualan yang berkesan, sesuatu produk tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.

“Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2,000 ke 3,000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik. Masa tu mertua ada buka restoran dekat Kuala Selangor, Jadi saya cuba juga letak dekat situ untuk jual, sampai buat sale kaw-kaw sebab tarikh luput produk dah dekat. Sale pun takda orang beli sangat. Bagi kat orang percuma sebab masa tu dah putus asa sangat. Lagi sedih nak bagi percuma ada yang tak nak!”

Mengakui zaman kejatuhan perniagaan kopinya itu merupakan saat yang sangat sukar kerana pada masa itu dia baru sahaja ingin memulakan hidup bersama Siti Sarah dan anak mereka, duit yang ada dan dikumpul selama ini telah dihabiskan untuk menggerakkan perniagaan Kopi Shuib.

Shuib turut mendedahkan bahawa pek kopi yang tidak habis itu telah dibiarkan mereput di hadapan mata. Sehingga satu tahap dia terpaksa memanggil lori sampah untuk mengutip pek-pek kopi yang tidak habis untuk dibuang ke pusat pelupusan sampah.

Menganggap itu semua kenangan yang tidak dapat dilupakan, Shuib dalam entri panjang lebarnya itu sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar tidak berhenti mengejar cita-cita dan impian serta menyerahkan segala urusan kepada Allah S.W.T.

“Kini KOPI SHUIB tinggal menjadi kenangan buat saya dan isteri..kopi penuh kenangan..” – Shuib Sepahtu


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments