Memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan netizen dengan telatah kedua-dua cahaya mata mereka.
Hanis yang sebelum ini kerap berkongsi aktiviti harian keluarganya di media sosial sehingga kini tidak lekang dibanjiri komen-komen positif daripada pengikutnya.
Bahkan, selepas kehadiran sepasang Yusuf Iskandar dan juga Alisa Aisyah yang penuh aksi dan kerap menghiburkan warganet itu pasti menambat hati dan perasaan peminatnya.
Bagaimanapun, Hairul menerusi sebuah posting di laman Instagramnya tampil memuat naik sepotong video menyaksikan momen sedih di mana pembantu rumahnya yang sudah berkhidmat dengan mereka khabarnya akan berangkat pulang ke Filipina.
Paparan video tersebut jelas menyaksikan Hanis dan anak-anaknya berpelukan dan menangis kerana amat berat untuk mereka mengucapkan selamat tinggal buat pembantu yang dikenali sebagai Melany itu.
Selain tangisan yang ditonjolkan Hanis kepada Melany, ucapan ringkas “terima kasih” Yusuf yang begitu sopan kepada Melany juga mengundang rasa sebak netizen.
Dapat digambarkan betapa sayangnya keluarga ini kepada pembantu mereka yang banyak berjasa dalam mengurus serta menjaga anak-anaknya di rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka seakan tampil menzahirkan rasa sedih melihat momen perpisahan itu. Malah, ramai juga yang memuji sikap Hanis kerana sentiasa menyanyangi dan menjaga kebajikan pembantunya dengan baik dan penuh rasa hormat.
Sumber: IGTV Hairul Azreen
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments