Biarpun dirinya tidak disenarai sebagai kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar, namun penyanyi dan pelakon Amira Othman tampil memaklumkan beliau kini memilih untuk menjalani kuarantin kendiri.
Katanya, keputusan itu dilakukannya sehingga menyebabkan beliau terpaksa membatalkan penglibatannya dalam sebuah penggambaran bersama sebuah syarikat produksi popular tanah air.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Amira menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
“Hari ini (semalam) saya ada penggambaran dengan @globalstationsb sepatutnya, tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni. Walau saya tak ada kontak rapat dengan abang Alif, tapi masih saya rasa bertanggungjawab sebagai orang yang sama-sama kena kuarantin sebab melibatkan orang lain sekiranya apa-apa hal kan.”
Dedahnya lagi, kesihatan dan nyawanya kini adalah amat penting dan harus dijadikan pertimbangan utama buatnya.
Malah beliau juga tidak terlepas menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memohon maaf kepda semua pihak yang terlibat.
“Duit boleh cari, kesihatan dan nyawa kita ini Allah beri kenalah jaga elok-elok. Jadi, stay safe semuanya! Jangan salam-salam atau peluk-peluk bagi yang perempuan. Tolong jaga diri masing-masing. Minta maaf pada pihak produksi yang terpaksa lewat hari ini sebab tunggu keputusan saya. InsyaAllah semua yang baik-baik. Ada rezeki lain nanti Insya-Allah.”
Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, selepas membuat ujian saringan, syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment tampil memaklumkan kesemua artis naungan mereka yang melakukan persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 yang turut disertai Alif tempoh hari kini disahkan negatif.
Untuk rekod, Alif pada Ahad lalu memaklumkan kepada umum bahawa dirinya disahkan positif, namun dalam entri terbaru sebentar tadi, beliau menyatakan berita gembira apabila isteri dan anak-anaknya selamat dan tidak dijangkiti wabak tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments