#Hiburan: Timang Anak Lelaki, Pelakon Idzham Ismail Bersyukur Dapat Temani Isteri Sepanjang Proses Kelahiran

Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa kesyukuran apabila isteri tersayang, Siti Nur Abilah Shamsudin telah selamat melahirkan anak kedua pada pagi semalam.

Anak kedua pasangan itu difahamkan telah dilahirkan secara normal pada jam 7.45 pagi di sebuah pusat perubatan bertempat di Kajang, Selangor.

Dia dalam pada itu turut berasa syukur kerana diberi peluang untuk menemani isteri sepanjang proses kelahiran tersebut.

“Alhamdullilah, isteri selamat lahirkan anak kedua kami.. sama seperti anak sulung, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran. Kalau anak pertama dulu, isteri menunggu 12 jam untuk bersalin tapi kali ini sangat mudah. Kami ke hospital jam 3.30 pagi dan beberapa jam kemudian isteri selamat bersalin,”

Namun begitu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini masih belum mahu mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya itu.

Sekadar info, Idzham telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah merupakan seorang pramugari pada Ogos 2016 yang lalu. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia 3 tahun.

Sumber: mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments