Pelakon Nazrief Nazri yang mendirikan rumah tangga bersama isteri, Aizatul Aqma genap setahun lalu berkata mereka kini bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.
Menurut Nazrief, 29, dia hanya mampu berserah dan yakin tuhan mempunyai perancangan yang baik untuk dia dan isteri membina keluarga.
Jika pada awal dulu Nazrief dan isteri merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam masa terdekat, namun kini segalanya berubah.
View this post on Instagram
“Masa mula-mula kahwin, kami memang merancang tak nak ada anak lagi. Tetapi sekarang kami dah agak bersedia dan serah kepada Allah SWT. Maksudnya buat masa sekarang kami tak terlalu berharap dan tak juga menolak rezeki,”
Dalam pada itu, pasangan ini dilihat turut memuat naik foto-foto momen indah setelah bergelar suami isteri sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Nazrief turut mengakui bahawa dirinya kini mempunyai banyak masa terluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan dan masa tersebut telah diisi dengan menghasilkan video menarik bersama isteri buat tatapan peminat di media sosial.
View this post on Instagram
Kini berkhidmat sebagai perunding kewangan, Nazrief juga ingin mendidik peminat serta pengikutnya di media sosial untuk memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai ilmu menguruskan duit serta soal kewangan.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments