Personaliti media sosial, Farah Lee tampil berkongsi detik bahagia dan kejayaannya kerana kini telah berjaya membeli sebuah kereta mewah.
Perkongsian itu dilakukan Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, pelbagai cabaran dihadapi sebelum mampu meraih kejayaan yang diperoleh kini.
Hal ini demikian kerana, Farah dikatakan terpaksa menempuh ujian yang besar dalam hidup termasuklah bidang perniagaan yang diusahakan olehnya.
Katanya, banyak juga pengorbanan yang dilakukan demi kesejahteraan anak sehingga dirinya dilihat rela berkorban masa dan juga tenaga.
Tidak kurang juga, beliau tampil mendedahkan perjalanan hidupnya agak sukar kerana banyak pihak seakan kurang senang dengan dirinya dan bertindak melemparkan kata-kata negatif kepadanya.
Namun begitu, segala kerja keras dan usaha gigih dahulu seakan berhasil apabila kehidupannya kini dilihat makin berjaya apabila impiannya untuk memiliki sesuatu yang mewah kini telah mampu direalisasikan olehnya sendiri.
Untuk rekod, Farah dilihat membeli sebuah kereta jenama Mercedes beserta nombor plat kenderaan yang eksklusif yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit.
Terdahulu, Farah telah melangsungkan pernikahan dengan Ally namun hubungan itu musnah apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maream Esabel.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments