Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara. – Foto NSTP
Datuk Seri Abdul Hamid Bador secara rasmi mengambil alih tugas sebagai ketua polis negara hari ini dalam majlis serahan tugas yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
Hamid akan menjawat jawatan tersebut secara kontrak selama 2 tahun hingga 3 Mei 2021 menggantikan Mohamad Fuzi Harun yang bersara hari ini.
Hamid bersara awal pada 2015 tetapi dipanggil semula oleh kerajaan Pakatan Harapan pada Mei tahun lepas dan dlantik sebagai pengarah Cawangan Khas.
Muhyiddin berkata pelantikan Abdul Hamid dibuat berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang kepolisan.
Anak konstabel polis bakal Ketua Polis Negara
Datuk Seri Abdul Hamid Bador, yang dilahirkan pada 7 Ogos 1958, di Kuala Lumpur, adalah anak kepada seorang konstabel polis, Allahyarham Bador Ijoh, yang membesar dalam suasana kerap berpindah-randah.
Beliau bersama sembilan adik-beradik dan ibunya yang juga seorang suri rumah berketurunan Cina, mendiami berek polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur; Balai Polis Serendah (Rawang); Balai Polis Jerantut (Pahang); Balai Polis Tampin (Negeri Sembilan).
Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris, Jerantut Pahang, dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.
Selepas menamatkan persekolahan, Abdul Hamid kemudian bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dari 1977 sehingga 1979.
Beliau mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih, pada 4 November 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman, bermula 1980 hinggalah 1996.
Pada 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, sebelum kembali ke Cawangan Khas, Bukit Aman pada 2001, seterusnya dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kelantan pada 2005.
Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontinjen Sabah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, pada 2009.
Beliau kemudian ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 18 Ogos 2015 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.
Abdul Hamid mula mendapat perhatian pada 2015 apabila mendedahkan ada pihak tertentu menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mendesak siasatan secara telus semasa menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa Indonesia melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas DAESH.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Abdul Hamid dilantik sebagai KPN secara kontrak, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021. – Berita Harian | Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu
KLIK BACA: Zahid gagal pergi umrah, mahkamah tolak serah pasport
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
The post Ketua Polis Negara Hamid Bador mula tugas hari ini appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments