Satu hantaran perkongsiaan cerita seorang gadis B40 ini di laman Facebook baru-baru ini mendapat perhatian susulan kisah hidupnya yang sangat perit untuk dilalui.
Difahamkan dari perkongsiaan itu, gadis terbabit serta teman lelaki sering melakukan hubungan seks dan disebabkan hamil, lalu digugurkan banyak kali, gadis tersebut kini sudah mandul.
Apabila mengetahui situasi gadis itu sudah mandul, lelaki terbabit didakwa membuat keputusan untuk ‘lari; demi masa depan dirinya sendiri.
Bukan sekadar tidak mahu bertanggungjawab atas kelakuan ‘jijik’ yang dilakukan, malah teman lelakinya juga mempunyai sifat baran bila bergaduh.
Tambahan lagi, setiap kali berbaik selepas bergaduh, pasti lelaki itu mahukan melakukan hubungan seks bersama gadis tersebut untuk memuaskan nafsunya.
Barangkali sedar kisah menjadi perhatian ramai, tuan empunya badan tampil mendedahkan bahawa perkongsiaan cerita itu dibuat oleh kenalannya dan meminta agar orang ramai tidak hanya menyalahkan teman lelaki.
Kata gadis itu, lelaki terbabit mengambil keputusan untuk berpisah demi masa depan mereka untuk kembali ke jalan yang benar.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran cerita gadis tersebut meraih hampil 700 tanda suka dan ramai yang meninggalkan komen seakan-akan tetap menyalahkan gadis itu.
The post “Dia Lari Demi Masa Depan Dia” – Gadis Gugurkan Anak Luar Nikah 3 Kali Hingga Mandul, ‘Boyfriend’ Tiba-Tiba Lesap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments