#Hiburan: Terkesan Dengan Berita Pembunuhan Tragis, Anzalna Nasir Nak Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya

Mengakui terkesan dengan berita pembunuhan tragis seorang remaja baru-baru ini, pelakon cantik Anzalna Nasir memasang niat untuk membantu keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail yang kini menetap di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan polis, ibu kepada seorang anak ini meluahkan hasrat untuk berkongsi rezeki dan membantu ahli keluarga mangsa yang masih hidup.

Anzalna dilihat telah memuat naik pertanyaan tentang bagaimana untuk menghubungi keluarga arwah menerusi Instagram Story-nya baru-baru ini.

Advertisement

Dia yang dihubungi media turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang turut sama membantu mengesan keberadaan keluarga arwah ketika ini.

“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakan ini masih belum dapat nombot yang betul-betul sahih untuk dihubungi. Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan.”

Ketika ditanyakan apakah sebab dirinya terpanggil untuk menghulurkan bantuan, Anzalna menjelaskan hatinya berasa sayu mengenangkan keadaan ibu arwah yang menghidap kanser dan menganggap dugaan yang menimpa keluarga itu sangat berat.

View this post on Instagram

Beraya di rumah saja… Love my dress from @innaiandco Thank you sister! @izriniz Selamat beraya semua dan hati-hati di jalan raya! ??

Advertisement

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Sekadar info, Anzalna merupakan salah seorang artis yang sinonim dengan aktiviti kerja amal terutamanya dalam membantu keluarga yang tidak bernasib baik termasuklah kanak-kanak yang menghidap kanser sejak tahun 2014 yang lalu.

Sumber : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments