#Hiburan: “Semua Ini Demi Keselamatan Anak-Anak” – Bekas Suami Fail Tuntutan Hadhanah, DSV Mohon Dirinya Diberi Ruang

Selepas kecoh isu bekas suaminya menuntut Hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak, usahawan penuh sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mohon dirinya diberikan ruang sebelum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Namun begitu, memetik laporan Gempak, DSV khabarnya tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang tidak putus-putus mengambil berat terhadap isu tersebut.

Advertisement

Malah, beliau yang popular dengan sikap profesionalnya itu tetap memohon maaf dan berharap agar semua pihak memahami situasi yang membelenggunya kini.

“Terima kasih atas perhatian semua yang mengambil berat tentang isu ini. Saya sendiri masih terkejut dan keliru. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak. Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya mendapat sedikit  ketenangan. Terima kasih kerana memahami.”

Untuk rekod, bekas suami DSV Mohd Amin Yasin yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah tampil memfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, pada Selasa.

Advertisement

Rentetan itu, beliau juga turut mendakwa kali terakhir bertemu anak-anaknya Cik B dan Kacak ialah pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanyalah selama 15 minit sahaja.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments