#Hiburan: Tampil Dengan Gaya Rambut Kerinting Persis Model Antarabangsa, Cik B Raih Pujian Netizen

Selepas mewarnai industri hiburan tanah air dengan lakonan yang ditonjolkan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, kini nama anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mula meraih perhatian netizen.

Biarpun gaya dan fesyennya acap kali menimbulkan rasa kurang senang netizen serta sering dikecam kerana ‘dimewahkan’ oleh ibunya dalam kehidupan seharian, namun Cik B khabarnya masih tetap merendah diri.

Terbaru, Cik B tampil memuat naik sebuah video di laman Twitter yang menampilkan dirinya sedang menjalani ‘photoshoot’ atas urusan kerja.

Bagaimanapun, gaya rambut keriting sambil ‘berposing’ di hadapan kamera itu disaji Cik B dalam posting tersebut seakan mendapat pujian ramai kerana beliau dikatakan tampak anggun dan cantik persis model antarabangsa.

Bahkan, ada juga yang hampir tidak mengenali siapkah gerangan gadis tersebut kerana benar-benar kelihatan lebih matang dan mempersonakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja dan memuji penampilan tersebut.

Malah ada juga yang terpegun dan turut menitip kata-kata positif agar Cik B terus maju dalam kehidupannya selepas ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments