Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Ben Amir mengakui menghidapi sejenis gejala iaitu Atelophobia. Dia dilihat telah memuat naik foto dirinya dengan kapsyen gejala yang mungkin turut dialami ramai orang di luar sana.
Sekadar info, Atelophobia adalah sejenis fobia di mana seseorang individu itu mempunyai perasaan takut yang ekstrim jika gagal mencapai kesempurnaan dalam setiap tindakan.
Mereka juga akan mengalami stress melampau terhadap apa yang dikatakan atau lakukan. Ianya boleh juga membuatkan seseorang itu tidak yakin dan rendah diri dengan keadaan sekeliling.
Ketika meninjau di ruangan komen, ramai peminat tampil memberikan kata-kata semangat buat Ben Amir dengan mengatakan bahawa tidak semua orang sempurna dan setiap insan mempunyai kekurangan mereka yang tersendiri.
Ben Amir mula terkenal setelah membintangi drama adaptasi novel Suri Hati Mr Pilot pada tahun 2016 yang lalu. Kemudian namanya semakin dikenali setelah berlakon dalam drama Sweet Dreams gandingan bersama Mira Filzah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments