Menjadi hos karpet merah buat pertama kali di acara berprestij diakui bukanlah satu kerja yang mudah.
Begitulah yang diakui penyanyi Sissy Iman,25, yang telah terpilih untuk menjadi hos untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 tidak lama lagi.
Menurut Sissy, menjadi pengacara merupakan sebuah pengalaman dan memberinya cabaran baru dalam karier seninya. Meskipun teruja diberikan tugas itu, Sissy memberitahu bahawa dia perlu melakukan lebih ‘home work’ sebelum beraksi di malam kemuncak itu.
Tugasnya turut digalas oleh seorang lagi pelakon dan pengacara terkemuka, Sean Lee yang akan menjadi teman pengacara pada malam itu.
“Ini kali pertama saya akan menjadi hos di karpet merah sebuah acara yang besar. Sudah pasti saya mahu lakukan yang terbaik pada malam itu nanti. Teruja..tapi dalam masa yang sama rasa gementar juga. Sebab menjadi penyanyi dan pengacara sesuatu bidang yang berbeza. Cabaran dalam dua bidang ini pun berbeza. Kalau menyanyi risau pada diri sendiri di atas pentas. Tapi untuk pengacara ini memerlukan saya buat research lebih mengenai selebriti yang akan lalu di karpet merah,”
Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil berkongsikan mengenai perasaannya itu ketika ditemui di sidang media ABPBH33 yang diadakan secara dalam talian bersama rakan media pada hari Ahad yang lalu.
Buat pertama kali, anugerah yang mengetengahkan populariti artis-artis tempatan itu bakal diadakan secaran langsung tanpa kehadiran penonton pada 13 November ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Antara artis yang akan menghangatkan pentas acara itu dengan persembahan nyanyian adalah Azlan Typewriter, Yonnyboii, Faizal Tahir, Syamel, Dolla,Hafiz Suip dan ramai lagi.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments