#Hiburan: Meskipun Terkesan Dengan Wabak COVID-19, Hael Husaini Tak Mahu Ambil Risiko Dengan Berlakon

Meskipun pendapatan terjejas gara-gara penularan COVID-19 di negara kita, penyanyi dan juga komposer Hael Husaini masih belum berani untuk ‘terjun’ dalam bidang lakonan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Mengakui banyak aktiviti seni terpaksa dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Hael berkata dia masih belum bersedia untuk mengambil risiko.

Dia yang juga telah memenangi trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-32 itu walau bagaimanapun bersyukur kerana masih ada permintaan untuk menghasilkan karya untuk penyanyi lain serta meneruskan kempen jenama dan produk dalam media sosial termasuk iklan komersial.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

“Agak pahit menelan semua ini, namun apa daya saya tak mampu melawan ketentuan ini. Saat ini, saya masih belum terlintas mahu berlakon. Saya tak pandai dan kekok berlakon depan kamera. Saya juga mengalami masalah menghafal skrip. Jika skrip pendek pun terkial-kial, apatah lagi yang panjang berjela.”

Meskipun dirinya tidak bersedia untuk waktu ini, Hael tidak menyangkal jika suatu hari nanti hatinya akan terbuka untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Perkembangan terkini, Hael kini sedang rancak mempromosikan single Lara bersama rakan baiknya, Haqiem Rusli dan Naim Daniel.Manakala untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35, Hael berjaya mempertaruhkan empat lagu ciptaannya iaitu Hati, Canggung, Belenggu Rindu dan Peluang Kedua.

Sumber : Berita Harian


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments