#Hiburan: Dimaki Netizen, Nabila Razali Sedih Bakatnya Dipertikai

Dikecam dan bakat nyanyian dan lakonannya dipertikaikan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali zahir rasa sedih.

Lebih perit, pelantun lagu Peluang Kedua ini juga didakwa menggunakan cara yang tidak senonoh untuk diterima berlakon dalam sebuah stesen televisyen.

Kenyataan itu dihantar oleh seorang individu tidak bertanggungjawab menerusi kiriman peribadi di laman Instagram miliknya.

“Hoi su*dal, kau mengangkang dengan orang TV* mana yang dapat job berlakon hah? Ish bab* lah muka hitam hodoh dan hidung besar pun boleh jadi heroin. Menyanyi pun macam kartun nak berlakon ish geli. Tolonglah tengok cermin muka kau tu, sedar diri kau tu tak berbakat.”

Dedahnya lagi, individu itu juga mendakwa rakan-rakan seperjuangan Nabila di Akademi Fantasia 2013 (AF2013) juga tidak mahu berkawan dengannya.

“Memang patut kawan AF kau mengata kau sebab mereka pun tak sanggup nak berlakon ‘fake’ dekat kau lah ‘chipmunk’.”

Susulan kejadian, Nabila khabarnya sedih dan kecewa dengan tindakan tersebut, malah akui sepanjang hidupnya beliau langsung tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain.

Bagaimanapun, Nabila yang popular dengan sikap profesionalnya langsung tidak melenting dengan dakwaan tersebut malah bertindak menutup ruangan komen di entri berkenaan.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments