Berdepan saman RM3 juta syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry, pengacara popular Awal Ashaari akui dirinya masih belum menerima sebarang dokumen mahkamah sehingga semalam (17 November).
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Awal menerusi sebuah posting di Insta Storynya.
Katanya lagi, pihaknya juga telah mengarahkan peguam untuk mengendalikan kes tersebut.
“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang dokumen mahkamah untuk mengesahkan berita ini. Tetapi saya telah mengarahkan peguam saya, Azlan bin Abdul Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates untuk menerima sebarang dokumen tersebut bagi pihak saya.”
Dalam pada itu, Awal juga dilihat tidak ketinggalan turut berkongsi ‘screenshot’ WhatsApp bersama pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa.
“Kongsi sikit perbualan saya dengan @azrianna isteri kepada boss @nazcarpentry. Sama tak display picture dia? Jadi semua beritahu saya. Saya fitnah dia ke? Atau memang tu modus operandi syarikat ni?”
Dedah Awal, beliau juga dilihat seakan menegaskan kepada pihak berkenaan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain.
“Konon kata saya fitnah dan malukan dia. Ni bukan fitnah ya. Ini untuk memberi pengajaran kepada awak. Jangan ambil kesempatan di atas kesempitan orang,” tulisnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mendakwa suami kepada pelakon Scha Alyahya itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.
Tidak hanya berdiam diri, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dirinya mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik kepadanya sebagai pelanggan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments