Malaysia: Jangan tinggal solat, pesan Hassan Din sebelum meninggal dunia

Abu Hassan Din Al-Hafiz merupakan bekas imam Masjid Negara dan pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong.

Tokoh agamawan negara dan pendakwah terkenal Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 73 tahun.

Mengikut anak Allahyarham, Mohamad Yusri, bapanya rebah dan tidak sedarkan diri ketika bangun hendak menunaikan solat Subuh.

Beliau berkata Allahyarham kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda dan dijangka dikebumikan di perkuburan berdekatan sebelum Zohor.

Abu Hassan, merupakan bekas imam di Masjid Negara dan pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ikuti pesanan terakhir arwah Hassan Din seperti disiarkan Harian Metro di bawah: 

“ARWAH berpesan kepada jemaah jangan tinggalkan solat walaupun sekali,” kata Imam II Surau An-Nur Fasa 3A, Bandar Seremban Selatan, Zolkepli Mahadi.

Zolkepli, 49, yang juga bendahari surau berkenaan berkata, beliau tidak menyangka kehadiran Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz ke surau itu malam tadi menjadi detik terakhir sebelum meninggal dunia 7.30 pagi ini.

Katanya, pihaknya menjemput Allahyarham untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’ sejak dua bulan lalu bertujuan mengimarahkan surau.

“Arwah mengajar kami supaya memperbetulkan sebutan ‘Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh’.

“Paling terkesan arwah nasihat supaya tidak tinggal solat kerana orang tidak solat tidak menerima apa-apa biarpun ahli keluarganya mengadakan majlis tahlil,” katanya ketika ditemui di surau itu, hari ini.

Zolkepli berkata, arwah meminta jemaah bertanyakan soalan dan jangan menyimpannya di dalam hati.

“Ceramah disampaikan sangat bermanfaat dan memuaskan hati 200 jemaah yang hadir. Saya ada melihat arwah menarik nafas tiga kali, namun keadaannya saya tidak pasti.

“Sewaktu melakukan iqamat untuk solat Isyak, saya menjemput arwah menjadi imam, namun ditolaknya bagi memberi peluang kepada orang lain.

“Apabila majlis berakhir, saya dapat bersalaman dan meminta maaf jika ada kekurangan. Saya sempat memeluk Allahyarham dan sedih apabila mengenangkan saat itu,” katanya.

Beliau berkata, ketika menjamah makanan arwah hanya menikmati karipap dan air disediakan.

Ditanya mengenai tajuk ceramah malam tadi, katanya, pada asalnya pihak surau menggunakan tajuk ‘Di Ambang Ramadan’.

“Pada saat akhir, ada seorang jemaah memberi pandangan supaya ditukarkan tajuk ‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’. Ia dimuat naik di laman sosial dan kain rentang tanpa sempat dikemaskini,” katanya yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

Sementara itu, Imam I, Sudin Pongat, 47, berkata beliau hadir ke ceramah sedikit lewat berikutan baru tiba dari Johor Bahru.

“Saya sempat mengikuti ceramah dan mendapati saf lelaki serta wanita dipenuhi jemaah. Sewaktu mahu pulang, saya menjadi orang terakhir bersalaman dengan arwah.

“Saya amat terkejut dengan pemergian arwah dan beliau (Allahyarham) adalah penceramah ‘besar’ pertama yang menyampaikan ceramah di surau ini,” katanya. | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: SPRM tahan Bung Moktar dan isteri Zizie akan didakwa rasuah?

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

The post Jangan tinggal solat, pesan Hassan Din sebelum meninggal dunia appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments