Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bersedia untuk menghantar laporan hasil inkuiri awam kepada pihak kerajaan dan badan berkaitan mengenai kehilangan paksa membabitkan Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh Keng Joo.
Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa membabitkan kedua-dua individu tersebut.
Astro Awani melaporkan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah Weng Kwai berkata, laporan hasil inkuiri awam itu akan dihantar dalam masa terdekat kepada kerajaan dan badan terlibat termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Pihak kami akan menghantar laporan ini kepada pejabat perdana menteri, kementerian dalam negeri, peguam negara dan polis pada bila-bila masa.
“Kes Amri melibatkan 24 saksi, 97 bahan bukti dan laporan setebal 101 muka surat serta mengambil masa selama 27 hari.
“Sementara paderi Raymond melibat 16 saksi, 117 bahan bukti dan laporan setebal 97 muka surat serta perbicaraan selama 20 hari,” katanya kepada pemberita, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Suhakam perlu memberikan bukti yang menunjukkan Cawangan Khas terlibat dalam kehilangan dua individu tersebut, jika tidak ia hanya dianggap sebagai khabar angin.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menyambut baik kesediaan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan kedua-dua kes seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen, pada Khamis.
Selain itu, Mah mencadangkan agar kerajaan turut menubuhkan Pasukan Khas Siasatan bagi menyiasat secara telus berkenaan perkata itu.
Jelasnya, Pasukan Khas Siasatan itu perlu ditubuhkan di bawah Pejabat Peguam Negara.
Terdahulu, Raymond yang merupakan pengasas persatuan Harapan Komuniti, dipercayai diculik ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017.
Rakaman kejadian menunjukkan ia ia dipercayai satu rancangan rapi membabitkan lebih daripada sepuluh lelaki dan tujuh kenderaan.
Sementara Amri, 44 tahun, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016.
Sejak beberapa bulan lalu, isteri Raymond, Susanna Koh dan isteri Amri, Norhayati Mohd Arifin menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam kes kehilangan suami masing-masing.
Sebelum ini Norhayati dipetik berkata ada saksi ternampak lima kenderaan menghalang laluan kereta Amri, sebelum dia dibawa pergi, kira-kira 550 meter dari rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
The post Suhakam sedia hantar bukti Cawangan Khas terlibat ‘kehilangan paksa’ Pastor Koh, Che Amri appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments