#Hiburan: Maszlee Malik Maklum Gesaan Bawa Pulang Tiga Gajah ‘Sudah Sampai’ Ke Anwar Ibrahim

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik tampil memberi respons ringkas susulan desakan orang ramai agar isu melibatkan tiga ekor gajah Malaysia dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Sudah sampai,” katanya secara ringkas apabila diminta menyampaikan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.

Advertisement

Sebelum itu, Maszlee turut merayu agar tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dibawa pulang segera ke Malaysia.

“Saya merayu kepada pihak berwajib agar mendengar suara rakyat supaya dibawa pulang Dara, Amoi dan Kelat dari Jepun,” katanya menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial, semalam.

Seruan tersebut mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen memuji keprihatinannya dalam memperjuangkan nasib haiwan berkenaan.

Wujud Petisyen Kembalikan Tiga Gajah #DAK Dari Jepun, Ini Respon WWF Malaysia

“Terima kasih Dr. Maszlee suarakan isu ini. Harap Dr. dapat sampaikan kepada PMX,” komen seorang lagi.

Terdahulu, pemindahan tiga gajah dari Zoo Taiping & Night Safari ke Tennoji Zoo pada Mac lalu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis dan pencinta haiwan.

Malah, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa kerajaan agar membawa pulang haiwan tersebut, dengan alasan ia didakwa tidak sesuai dengan persekitaran di negara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggesa agar rundingan segera dimulakan antara kedua-dua zoo terbabit bagi membolehkan ketiga-tiga gajah itu dibawa pulang ke Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-29 14:15:53

Wujud Petisyen Kembalikan Tiga Gajah #DAK Dari Jepun, Ini Respon WWF Malaysia

The post Maszlee Malik Maklum Gesaan Bawa Pulang Tiga Gajah ‘Sudah Sampai’ Ke Anwar Ibrahim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments