#Hiburan: (TAKZIAH) Sempat Hamil Minggu Lepas, Siti Elizad Sahkan Kandungannya Kini Telah Gugur

Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dirinya kini telah keguguran selepas sempat merasai nikmat menjadi ibu hanya seketika.

Menurut, kandungan tidak kuat dan berlaku pendarahan menjadi sebab mengapa dirinya gugur.

Advertisement

Perkara itu dikongsi Elizad sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti. Tapi kandungan tak kuat danbleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,”

Terdahulu, Elizad mendedahkan dirinya telah hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu di hospital swasta.

Advertisement

Biarpun tiada rezeki menimang cahaya mata lagi huatvamsa ini, namun Elizad memaklumkan beliau dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa sebak dengan perkhabaran itu, malah tidak putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan kelak.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments