#Hiburan: (TAKZIAH) Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus Pada Usia 53 Tahun

Pelawak veteran, Pak Lah daripada anggota kumpulan Cecupak telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi tadi.

Pak Lah atau nama sebenarnya, Noor Affendi Nurdin telah meninggal dunia akibat kanser usus pada usia 53 tahun.

Pemergian Pak Lah itu telah diumumkan oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi sebuah entri di laman Facebook mereka yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H (21.11.2020), telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus,”

Allahyarham Pak Lah telah meninggalkan seorang isteri, Miza Ali dan tiga orang cahaya mata. Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments