#Hiburan: Kes Rogol Melibatkan Pendakwah Selebriti, Polis Terima Lagi Enam Laporan Kesalahan Seksual

Dilaporkan pihak polis telah menerima kira-kira enam lagi laporan kes kesalahan seksual yang membabitkan seorang bekas peserta rancangan realiti TV keagaaman dan juga penyanyi.

Berita itu telah dilaporkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat yang telah menerima lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

Antara kelasifikasi kesalahan yang telah dilaporkan adalah kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 Kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

Difahamkan, suspek telah pun tamat tahanan reman untuk kes sebelum ini namun disebabkan beberapa laporan polis baru diterima, perintah reman lain akan dipohon bagi membantu siasatan.

Datuk Fadzil turut menyeru kepada mereka di luar sana yang telah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis sekiranya ada mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Terdahulu, pihak polis telah menahan suspek untuk siasatan mengenai dakwaan kes cabul melibatkan seorang gadis di Shah Alam. Suspek merupakan peserta berkonsepkan keagamaan pada tahun 2016 sebelum menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Sumber : Astro Awani


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments