#Hiburan: “Rock Tetap Di Hati..” Muss May Lepas Gian Nyanyi Lagu Genre Asal Dalam Kereta

Salah seorang peserta Gegar Vaganza Musim Ke-7, Muss daripada kumpulan May berkata dirinya mula rindu untuk menyanyikan lagu bergenre rock semenjak bertanding dalam pertandingan nyanyian tersebut.

Menerusi ruangan Instagram miliknya, Muss dilihat telah melepaskan ‘gian’ menyanyi lagu genre asalnya itu sewaktu berada dalam kereta.

View this post on Instagram

A post shared by im mus (@immus2020)

“Lama sangat dah tak menyanyi lagu rock ni. Ini lagu untuk warm up. Loudness.. Rock tetap di hati..”

Mungkin sudah beberapa minggu membawakan lagu bergenre lain di pentas Gegar Vaganza, ramai peminat juga meluahkan perasaan rindu dan teringin untuk melihat Muss menyanyikan lagu berentak rock seperti kebiasaannya.

Untuk minggu ketujuh yang bakal berlangsung pada malam ini, Muss akan membawakan lagu berjudul Sembah nyanyian asal Naim Daniel.

Program GV7 yang dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap hari ahad, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments