#Hiburan: “Don’t Cry Baby” – Nyanyian Penuh Emosi, Peminat Pujuk As’ad Motawh Supaya Jangan Menangis

Seperti kita ketahui, penyanyi muda tanah air kini semakin mendapat tempat di kalangan peminat. Tidak ketinggalan, mereka juga lebih dikenali sebagai artis “Budak Baru Nak Up” (BBNU) yang kian menyinari industri hiburan tanah air.

Namun begitu, meskipun agak lama tidak melihat kelibatnya di kaca televisyen, penyanyi As’ad Motawh kini dilihat acap kali menghasilkan ‘cover’ lagu yang popular di saluran Youtube miliknya.

Bahkan yang terbaru, beliau yang baru sahaja berusia 19 tahun itu tampil menyanyikan lagu “Lonely” nyanyian asal Justin Bieber dengan penuh penghayatan.

Rentetan itu, beliau yang amat menjiwai lirik dan melodi lagu tersebut dilihat hampir menitiskan air mata apabila ekspresi wajah penyanyi yang popular dengan lagu Senyum itu betul-betul mampu membuat penonton berasa sedih dan sebak.

Menjengah ke ruangan komen di sebuah posting di laman Instagram miliknya, rata-rata peminat As’ad menzahirkan rasa sedih melihat sedutan video tersebut.

Malah mereka yang tersentuh hati itu juga dilihat tidak ketinggalan menyeru As’ad supaya tidak menangis.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments