#Hiburan: Bayi Baru Lahir Jadi Mangsa, Ali Puteh Kesal Netizen Mengata Anak Lelakinya Yang Baru Berusia 2 Bulan

Pelawak Ali Puteh dilihat tidak dapat menahan rasa berang apabila ada segelintir netizen bertindak melampaui batas kerana meninggalkan komen kesat pada foto anak lelakinya yang baru berusia dua bulan.

Ali atau nama penuhnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan telah memuat naik foto berserta kapsyen ‘My King’.

View this post on Instagram

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)

Namun, ketika meninjau ruangan komen, terdapat beberapa orang individu telah meninggalkan komen berbaur perlian dan kejian.

Sehubungan itu, Ali dilihat tidak dapat menahan amarah dan sekaligus tampil memberikan peringatan untuk tidak mengaitkan anaknya dengan perkara-perkara yang terjadi ke atas dirinya.

Namun ada juga pengikut yang merasakan perbuatan individu tersebut sebagai keterlaluan kerana melibatkan anak kecil yang tidak berdosa.

Ali dan isteri telah dikurniakan anak lelaki selepas kehilangan anak perempuan kedua mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Selain daripada Syed Ali, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini berusia 3 tahun.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments