#Hiburan: Alif Satar Dedah Isteri Dan Anak-Anaknya Disahkan Negatif COVID-19

Pelakon dan pengacara popular, Alif Satar  kini seakan mampu menghembus nafas lega selepas isterinya, Sha Dila Halid, serta tiga orang cahaya matanya, Alisha Anugerah, Ariana Mecca, dan Muhammad Ali, kini disahkan negatif COVID-19.

Isteri dan anak alif satar negatif covid19

Namun begitu, atas faktor keselamatan, keluarganya itu akan terus berada di rumah untuk menjalin tempoh kuarantin selama dua minggu.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah posting dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Isteri dan anak alif satar negatif covid19

Isteri dan anak alif satar negatif covid19

Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu.”

Beliau juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan  dirinya serta keluarga.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah.”

Isteri dan anak alif satar negatif covid19

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Alif tampil memaklumkan kepada umum dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Rentetan itu, kontak rapatnya yang terdiri daripada ahli keluarganya khabarnya sudah melakukan ujian saringan di kediaman mereka, jam 9.30 pagi, semalam.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments