#Hiburan: Irisa Alaia Dah 7 Bulan, Izara Aishah Kongsi Perkembangan Anak Untuk Tatapan Peminat

Makin menginjak usia, anak sulung kepada pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid dilihat semakin membesar dan aktif.

Sering saja berkongsikan foto-foto anaknya, baru-baru ini pelakon cantik itu ada memuat naik gambar terbaru si comel yang kini berusia 7 bulan menerusi Instagram Story miliknya.

Pelakon drama Pilot Cafe ini turut memberitahu anak kesayangannya itu gemar bermain dengan plastik serta kotak walaupun dibelikan barang mainan yang mahal.

“Beli mainan mahal-mahal dia tak mahu. Dia mahu ni, plastik dan kotak mainan kegemaran,”

Irisa Alaia yang dilahirkan pada 15 April yang lalu merupakan anak hasil perkahwinan Izara dan Adib yang mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 yang lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments