#Hiburan: Gara-Gara COVID-19, Aliff Syukri Akui Sedih Kerana Tak Boleh Shopping & Bercuti Ke Luar Negara

Ketika ramai dalam kalangan masyarakat kini seakan terkesan dengan penularan wabak COVID-19 melanda di seluruh dunia, berikutan terjejas dari segi kewangan, namun segalanya dipandang agak berbeza dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukriyang menganggap wabak tersebut seakan menyekat aktivitinya untuk berbelanja sakan membeli belah dan bercuti di luar negara.

Rentetan itu, beliau dilihat tidak segan menyuarakan pendapatnya susulan bencana tersebut.

Ujar pelantun lagu Bobo Di Mana itu, beliau amat berharap agar penularan wabak tersebut segera pulih kerana akui ia sesuatu yang amat menyeksakan.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Aliff menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari.

“Tolong corona, tolong jauh, tolong pergi! Muncul…datang lagi, kenapa? Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi. Tolonglah. Kita nak berniaga, nak hidup seperti sedia kala. Kalau kau tak nak pergi, aku halau kau, aku terajang kau, aku sepak kau.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tampil mengecam tindakannya dan menganggap perbuatan itu langsung tidak sensitif kerana menurut warganet ramai kini masyarakat yang terjejas sehingga ada yang tidak cukup menampung perbelanjaan harian termasuklah makan dan minum.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments