#Hiburan: Sebak Dikejutkan Dengan Hadiah Istimewa, Khai Bahar Terima Komputer Peribadi Daripada Individu Misteri

Penyanyi Khai Bahar meluahkan rasa terkejut dan sebak apabila menerima hadiah sebuah komputer peribadi daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin,26 tidak menyangka sama sekali kerana ada individu yang bermurah hati memberikan sebuah hadiah yang mahal kepada dirinya.

Dia turut menjelaskan bahawa sepupunya telah menjadi orang tengah bagi menghantar hadiah berkenaan ke tangannya. Pada mulanya, Khai hanya ingin meminjam komputer peribadi (PC) sepupunya kerana ingin membuat kerja memandangkan PC miliknya telah rosak.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

“Allah..tak terfikir langsung kena kejutan macam ini. Khai tak minta pun, dan kalau boleh tak mahu pun siapa-siapa belanja dan belikan. Tapi benda dah depan mata tak tahu nak kata apa dah, terkdeu, mengejut”

Khai dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan individu itu supaya dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusannya di dunia dan akhirat.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Difahamkan, penyanyi lagu Luluh ini telah berkongsikan video reaksi dirinya ketika mendapat kejutan tersebut di kawasan letak kereta menerusi media sosial Instagram.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments