#Hiburan: Tidak Lagi Mengacara Lagu Cinta Kita 2, Peminat Mahu Diva AA Terus Kendali Program Bersama Elly Mazlein

Pengacara sensasi masa kini, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah mengumumkan bahawa dia tidak akan lagi mengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) untuk episod yang akan datang.

Pastinya ketiadaan Diva AA akan dirindui kerana keletah dan gelagat pengacara yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ itu sering saja menghiburkan penonton di rumah.

Kembalinya Diva AA di samping rakan pengacara Elly Mazlein nampaknya telah mengubat kerinduan peminat dan sementelah kemunculannya itu, rata-rata netizen telah memberikan komen yang positif.

Malah, ada di antara mereka yang inginkan Azwan Ali terus kekal mengacarakan program tersebut yang ke udara pada setiap malam Ahad jam 9 malam itu menerusi saluran TV3.

Malah, Elly Mazlein juga turut meluahkan rasa kerinduan kepada figura tersebut dan sempat bertanyakan penonton siapakah yang bakal menggantikan Azwan pada episod seterusnya.

Meninjau ruangan komen, antara nama yang ‘dipetik’ untuk menggantikan Diva AA sebagai pengacara LCK2 adalah Michael Ang serta Aznil Haji Nawawi.

Lagu Cinta Kita 2 yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM ‘Love At First Song’ turut dihangatkan dengan kehadiran juri terkenal iaitu Hael Husaini, Mas Idayu dan Ajai.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments