#Hiburan: Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia, Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua, Eydan Yusoff

Pengacara dan personaliti Instagram, Mat Dan dilihat telah berkongsikan nama anak keduanya yang baru saja dilahirkan pada 7 November 2020 yang lalu.

Genap 20 hari kelahiran, Mat Dan telah memaklumkan bahawa nama anak keduanya ialah Eydan Yusoff Bin Daniel James Tyler. Dia dalam pada itu turut memuat naik foro anaknya yang sedang menyusu dalam kerusi bayi.

Walau bagaimanapun, Mat Dan tidak pula mendedahkan wajah anak kesayangannya secara sepenuhnya kepada umum.

View this post on Instagram

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Menerusi ruangan komen, ramai peminat serta pengikut mengucapkan tahniah dan memuji nama yang diberikan kepada cahaya mata keduanya itu.

Sekadar info, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017 yang lalu. Hasil perkahwinannya itu, dia dan isteri telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Zayne Tyler yang kini sudah berusia dua tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Mat Dan mula terkenal di Malaysia apabila kebolehannya menuturkan dialek bahasa Terengganu dengan baik meskipun dirinya berasal daripada Bristol, United Kingdom. Dia difahamkan telah menetap di Malaysia sejak tahun 2009.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments