#Hiburan: “Happy Birthday Syurga” – Lama Tak Bertemu, Mark Adam Akui Rindu Ibu Di Filipina

Sempena ulang tahun kelahiran ibunya Florinda Macaraig Echivarre, yang ke-60, penyanyi dan pelakon Mark Adam zahir rasa rindu buat wanita tersebut.

Mark adam rindu ibu di filipina

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi laman Instagram sambil memaparkan sebuah video berpelukan bersama ibunya ketika berada di lapangan terbang.

Mark adam rindu ibu di filipinaMark adam rindu ibu di filipina

“Happy birthday syurga. Setiap kali birthday mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya, saya sangat bersyukur. 

Kata Mark lagi, perkara pertama yang akan dilakukannya setelah pandemik COVID-19 berakhir adalah menziarahi ibunya yang kini berada di Filipina.

“Semoga sihat selalu mak, we miss you, stay safe, we will see you first thing after the pandemic Insya-Allah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa sebak dengan momen yang disajikan oleh penyanyi itu.

Selain mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu penyanyi itu, mereka juga khabarnya turut sedih apabila Mark yang sentiasa tampak ceria berkongsi video bersama ibunya itu.

Mark adam rindu ibu di filipinaMark adam rindu ibu di filipina

Untuk rekod, rentetan sekatan perjalanan ke luar negara bagi mengekang penularan COVID-19, Mark kini dikatakan sudah lama tidak bertemu dengan ibunya yang menetap di Jugan, Cebu, Filipina.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments