#Hiburan: “Fesyen Begini Dah Ramai Orang Guna..” Pakai Topi Sama Bentuk, Noraniza Idris Didakwa Tiru Gaya Siti Nurhaliza

Penampilan serta gaya penyanyi Noraniza Idris pada malam minggu ke-7 program Gegar Vaganza musim ke-7 yang tampil memakai topi daripada material akrilik nampaknya telah mengundang komen-komen tidak menyenangkan daripada netizen.

Mana tidaknya, topi yang digayakan ratu etnik kreatif itu juga pernah dibawa oleh penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik berjudul Siapa Tak Mahu.

Tampil menjawab desas-desus peminat, pereka fesyen Noraniza Idris iaitu Nik Amir menjelaskan bahawa  penampilan Noraniza Idris pada malam itu sebenarnya terinsipirasi daripada konsep Latin dan topi yang dipakai penyanyi itu merupakan rekaan Afiq K iaitu salah seorang pereka aksesori daripada Arte de Narmi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

Kata Nik lagi, pada mulanya mereka ingin menambah aksesori bagi menyerlahkan lagi mood Latin namun mempunyai masalah dalam mendapatkan bahan yang sesuai. Aksesori yang ada pula terlalu sarat dan tidak sesuai kerana Noraniza Idris perlu menari jadi mereka memutuskan untuk mengekalkan rupa bentuk asal topi tersebut.

Pada malam tersebut, Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani telah menyampaikan lagu Canggung nyanyian asal Wany Hasrita. Setelah persembahan, ruangan media sosial terutamanya Twitter telah dihujani kritikan dan komen yang mengatakan Kak Ani mengenakan fesyen hampir sama dengan Siti Nurhaliza dan yang membezakan hanyalah warna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tambah Nik lagi, Afiq K juga merupakan individu yang sama menata rias Siti Nurhaliza dalam video muzik Siapa Tak Mahu.

“Sebenatnya Afiq K adalah individu yang sama reka topi untuk Tokti, jadi tak ada istilah siapa tiru siapa…fesyen topi begini dah ramai orang pakai sejak tahun 2018 lagi. Mungkin kerana jarang ditampilkan di pentas komersial, maka orang lebih senang merujuk kepada mana-mana individu popular yang pernah menggayakan topi sama.”

Mengakhiri perbualan, Nik beranggapan bahawa fesyen adalah sesuatu yang ‘universal’ dan hanya mengambil positif dalam setiap kritikan yang dilemparkan oleh masyarakat.

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments