Setelah lama tidak aktif dalam bidang seni, Ina Naim yang kini sudah berusia 36 tahun khabarnya lebih senang menguruskan hal rumah tangga.
Untuk pengetahuan anda, wanita tersebut telah pun berkahwin dengan bekas anggota kumpulan nasyid popular In Team iaitu Suhaimi Saad. Malah pasangan itu juga dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Walaubagaimanapun, kehidupan mereka mula menjadi perhatian ramai apabila Suhaimi Saad difahamkan mempunyai masalah kesihatan mata yang serius sehingga menyekat penglihatan selain pergerakannya.
Disebabkan itu, Ina kini perlu menguruskan segala hal rumah tangga dengan bantuan anak-anak. Bahkan wanita itu turut membantu suaminya berjalan dan memenuhi sebarang jemputan nyanyian.
“Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan manakala di luar dari Kelantan, saya mengupah pembantu.”
Bukan itu sahaja, Ina juga menggalas tanggungjawab sebagai ‘guru’ untuk mengajar anak-anak mereka dek keluarga tersebut yang mengamalkan konsep ‘home schooling’.
Selain itu, wanita tersebut dikhabarkan turut menjual barangan kosmetik dan pakaian di laman sosial. Malah, dia juga menerima tempahan menyediakan makanan sebagai pendapatan keluarga.
Menurut Suhaimi Saad,
“Kehidupan kami sekeluarga di sini (Kelantan) berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor.”
Tiga anak mereka juga dikatakan kini bergerak aktif sebagai penyanyi di bawah nama kumpulan Pelapis selain pernah menghasilkan album berjudul ‘Doa Dan Lagu’.
Semoga keluarga Ina dan Suhaimi baik-baik sahaja.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments