#Hiburan: “Suami Kata Ni Pekerjaan Paling Mulia..”- Sanggup Berhenti Kerja Jadi Doktor Gigi, Isteri Nubhan Kini BergelarSuri Rumah

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Afifah Tawfek mengumumkan bahawa dirinya sudah pun berhenti daripada menjadi seorang doktor gigi di sebuah Klinik Pergigian Seremban.

Mengakui bahawa keputusan tersebut bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, Afifah berkata dia terpaksa menimbangkan banyak benda demi kebaikan diri dan juga ahli keluarganya yang lain.

Katanya lagi, semenjak bergelar ibu dan isteri, banyak pihak serta perkara perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil olehnya.

Advertisement

Menulis panjang lebar di ruangan Instagram miliknya, Afifah turut mengucapkan terima kasih kepada suami iaitu Nubhan yang sentiasa memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan itu dulu.

View this post on Instagram

Sekarang fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi2 bergelar seorang ibu. Fie habis belajar je, fie berat juga nak buat keputusan untuk tangguh masuk kerja sebab fie sedang mengandung… lepas Aafiya cukup 6 bulan, alhamdulillah fie pun dpt tawaran kerja. Dpt fie bg 100% susu ibu utk Aafiya sebelum fie mula bekerja. Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan…. sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dpt susu ibu sepenuhnya. Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak aafiya dgn aaffan 2 tahun je… agak penat tapi membahagiakan.. Tahun ketiga, dapat offer penempatan tetap di Johor. Tp fikirkan suami yang dah selesa di Seremban. Business makin baik. Anak2 pula dekat dengan aki dan wan nya…. berat lagi hati nak pindah bawak keluarga. Suami pulak sgt supportive, sanggup jaga anak kalau fie perlu travel untuk kerja. Suami xpernah halang apa shj keputusan fie. Sekarang fie ambil keputusan utk berhenti… In shaa Allah malam ni kalau ada rezeki, fie nak buat live sambil kita sembang lg story k? Sementara tu, jom beli @lantarabeauty . Dah cuba baru tau? Special thanks to staff2 Klinik Pergigian Seremban. Ni video hari last kt sana. Sempatla picnic Oden blkg klinik. Kalau korang tau klinik seremban glamour dengan klinik dalam taman? hehe.. jgn jealous?

A post shared by I Am Dr ‘Afifah Tawfek (@drfietawfek) on

Dalam entrinya yang lain, Afifah turut memuat naik foto menunjukkan suaminya itu telah membuat kejutan istimewa sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…. Fie doakan semua dalam keadaan sihat, dan sabar. Dah banyak tempat mula pkp semula. Semoga dipermudahkan urusan semua. Bila berkurung kat rumah ni, duk pusing2 gambar throwback je la… Rasa lama x update instagram… xtau nak story apa ? Ingat nak simpan gambar ni sampai video siap edit. Tp xpela.. kita bg sneak peak dulu. Husband @nubhan.ahamad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor xde pulak mcm ni…. Hehehehe….? Tp ye lah… bila jd housewife kne jugak buat side income kan… siapa nak beli @lantarabeauty boleh click link kat bio ig @lantarabeauty ok??? jom la support gang2 housewife ni??

Advertisement

A post shared by I Am Dr ‘Afifah Tawfek (@drfietawfek) on

“Husband @nubhan.ahmad kata pekerjaan suri rumah ni pekerjaan paling mulia. Bukan main meriah sambutan masuk kerja hari pertama as housewife. Dulu masuk kerja as doctor tak ada pula macam ni..”

Meskipun bergelar suri rumah, difahamkan isteri kepada penyanyi lagu Ada Untukmu itu turut mengusahakan perniagaan secarar dalam talian sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan.

Sekadar info, Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments