Pelakon Sharifah Sakinah yang sebelum ini terpalit kontroversi mengenai kisah rumah tangganya yang kecundang di tengah jalan, kini dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pelatih kecergasan dan kesihatan yang dikenali sebagai Michael Hansen.
Meskipun Sakinah tidak pernah memberi kenyataan rasmi mengenai hubungan cintanya itu, namun baru-baru ini lelaki itu telah memuat naik foto mesra bersama dirinya di media sosial dan ternyata telah menarik perhatian netizen di luar sana.
Ketika meninjau ruangan komen, ramai netizen membuat spekulasi bahawa kedua pasangan ini sudah pun bernikah namun tidak mengumumkan kepada peminat.
Tidak mendiamkan diri, Sharifah Sakinah tampil membalas pertanyaan seorang netizen dan seolah-olah memberi ‘hint’ bahawa dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut.
Apa-apapun, sama-samalah kita menunggu jawapan daripada pelakon berbakat ini. Sekadar info, Sharifah Sakinah sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang iaitu Afif Adha selama dua tahun sebelum bercerai dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments