Pelakon Abby Abadi yang terkenal dengan sikap mulianya tampil mendedahkan dirinya telah berjaya menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.
Menurutnya, bayi yang tidak berdosa itu diserahkan kepada bakal keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terengganu.
“Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby kan. Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.”
Menerusi entri terbabit, beliau yang terpaksa merentas negeri itu turut memuat naik fotonya bersama pasangan berkenaan yang telah berdepan tiga kali masalah keguguran sepanjang proses kehamilan.
“Tiga kali gugur katanya tak ada rezeki. Terakhir, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa sebak mengenangkan nasib bayi tersebut.
Malah wujud juga segelintir pihak yang tidak putus-putus memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah demi merealisasikan impian pasangan yang mengimpikan zuriat.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments