#Hiburan: Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali ‘Buat’ Hidung, Tak Tahan Diejek & Dibuli Sejak Sekolah – “Ada Yang Samakan Dengan B*bi”

Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak Shuib mengakui pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung sebanyak enam kali.

Menerusi rancangan podcast suaminya bersama Shuk Sahar dan Fizi, Watie mendedahkan tindakannya itu adalah kerana tidak tahan hidungnya diejek seperti bawang.

Advertisement

Sebenarnya hidung saya palsu, dulu memang penyek. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Bila pergi sekolah, kawan buli dan ejek hidung macam bawang.

watie hanifiah bedah hidung

Kata Watie, dia pernah menjadi mangsa buli dan diberikan gelaran ‘Fati Bawang’ kerana tidak mempunyai batang hidung. Lebih teruk lagi, ada yang menyamakan bentuk hidungnya seperti hidung khinzir.

Ketika itu saya berkulit gelap. Balik sekolah selalu menangis sebab kena buli, ia berlarutan hingga ke sekolah menengah.

Tambah Watie, kerana tidak tahan diejek dia berazam untuk kerja dan mengumpul duit untuk ‘buat’ hidung selain kerana menghidap resdung yang kronik.

Saya memang ada sinus yang teruk. Hidung saya sentiasa tersumbat. Saya pernah buat hidung di Hatyai, Bangkok dan Korea. Kos secara purata, cecah RM5,000. Jadi, keseluruhan untuk enam kali pembedahan cecah RM30,000. Belum masuk lagi perbelanjaan ke luar negara dan sebagainya.

shuib dan watie

Bukan itu sahaja, Watie turut mendedahkan rakan-rakan pernah mengejek dan memanggilnya dengan nama panggilan ‘Fati Limau’ dan ‘Fati Pisang’ hanya kerana bapanya yang merupakan bekas tentera mengusahakan kebun pisang dan limau.

Jadi, ketika kecil, waktu saya dan adik beradik masih bersekolah, kami mengikut ayah untuk menjual pisang dan limau di kedai-kedai sekitar rumah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Watie Shuib
2 months ago

"Kesian Mak Tak Mengaku Anak" - Watie Hanafiah Didakwa Mempunyai Seorang Anak Perempuan?

The post Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali ‘Buat’ Hidung, Tak Tahan Diejek & Dibuli Sejak Sekolah – “Ada Yang Samakan Dengan B*bi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments