#Hiburan: “Saya Malu Dengan Diri Sendiri” – Sering Pergi Majlis Ilmu Antara Faktor Nora Danish Berhijab

Baru-baru ini, penampilan terbaru pelakon, Nora Danish memakai hijab telah menarik perhatian ramai dan ramai yang memuji kecantikkan aktres terbabit.

Sering hadiri majlis ilmu agama

Melalui sesi temubual bersama pihak media, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42 memberitahu salah satu faktor mahu berhijrah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama sejak Mei lalu.

Advertisement

Apabila pulang dari majlis ilmu, saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Katanya, kerana mempunyai perasaan tersebut, ia sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk dia berubah.

Mudah nak solat dan mengaji bila tutup aurat

Dalam pada masa yang sama, Nora memberitahu ibunya, Salimah Talib mengalirkan air mata selepas mengetahui penghijraha aktres itu.

Nora memberitahu sebelum ini ramai yang mendoakan agar dia kekal istiqamah tetapi dia belum bersedia untuk berkongsikan tentang berita penghijrahan itu.

Tambah pelakon Puteri itu lagi, dengan memakai pakaian menutup aurat, ia memudahkannya untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga Nedim di hospital.

nora danish berhijab
3 weeks ago

Nora Danish Muat Naik Foto Ayu Berhijab, Pilih Untuk Tutup Ruangan Komen

The post “Saya Malu Dengan Diri Sendiri” – Sering Pergi Majlis Ilmu Antara Faktor Nora Danish Berhijab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments