#Hiburan: “Terlalu ‘Cute’ Untuk Disimpan” – Sean Lee Selamat Bergelar Suami Kepada Model, Bay Doucet

Personaliti TV dan pelakon, Sean Lee membuat kejutan terutama buat peminatnya apabila dia mengumumkan sudah bergelar suami kepada model popular, Bay Doucet.

Berita gembira itu diumumkan Sean menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia tampil memuat naik foto dia dan Bay memakai busana pengantin keduanya.

Advertisement

Sean juga ada menulis kapsyen ‘Too cute to gatekeep’ yang bermaksud terlalu comel untuk disimpan sekaligus membuatkan peminat meninggalkan komen tahniah buat pasangan itu.

Menjengah ke Instagram Bay, dia juga ada memuat naik foto yang sama dan turut terlihat foto pra perkahwinan kedua-duanya yang kelihatan eksklusif.

Ruangan komen turut dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan selebriti seperti Hun Haqeem, Aiman Hakim Ridza, Nora Danish dan Scha Alyahya.

Peminat juga tidak ketinggalan mendoakan agar perkahwinan Sean dan Bay kekal hingga ke akhir hayat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wallpaper telefon Fattah amin
1 day ago

"Saya Tidak Pernah Tukar Sejak Fatima Usia 2 Tahun" - Fattah Amin Tayang Foto Fazura Dan Anak Perempuan, Jadikan 'Wallpaper' Telefon Bimbit

The post “Terlalu ‘Cute’ Untuk Disimpan” – Sean Lee Selamat Bergelar Suami Kepada Model, Bay Doucet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments