#Hiburan: “Dah Lelong Tapi Tiada Pembida” – Rumah Nur Sajat Tak Laku, Bank Kurangkan Harga Jadi RM4.21 Juta

Difahamkan dari satu hantaran di laman Facebook, rumah banglo usahawan sensasi, Nur Sajat di Malaysia kini boleh dibeli dengan harga RM4.21 juta selepas pihak bank memutuskan untuk turunkan harga lelongan.

Masih tiada pembida

Pihak bank terpaksa menurunkan harga dengan lebih rendah susulan banglo terbabit masih tiada pembida sejak Mei lalu.

Advertisement

Rumah Nur Sajat untuk dilelong. Hari itu lelong RM4.68 juta tetapi tiada pembida. Sekarang, bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.

Harga lelongan banyak diturunkan

Pada mulanya harga rumah banglo tersebut dijual dengan harga RM9 juta selepas Sajat memutuskan untuk tinggal di Australia tetapi kini terpaksa dilelong dengan harga jauh lebih rendah.

Banglo mewah itu difahamkan mempunyai enam bilik dan tujuh bilik mandi, serta ianya berkeluasan 7000 kaki persegi.

Sebelum ini, Nur Sajat telah membeli rumah banglo mewah daripada seorang usahawan dikenali ramai, Datuk Seri Aliff Syukri dengan harga RM7.5 juta pada tahun 2017.

4 months ago

Tak Mahu Balik Ke Malaysia, Sajat Akui Sudah Pasang Implan Hormon Di Australia - "Biarlah Saya Hidup Gembira Di Sini"

The post “Dah Lelong Tapi Tiada Pembida” – Rumah Nur Sajat Tak Laku, Bank Kurangkan Harga Jadi RM4.21 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments