#Hiburan: Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia

Seorang wanita dipercayai ahli senior psikiatri dilaporkan telah ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam kes membuli siber dan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh, Rajeswary Appahu,30 atau lebih dikenali sebagai Esha.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari di mana dia memaklumkan wanita itu telah ditahan di Rawang, pagi semalam.

Advertisement

Pihak polis dilaporkan menerima laporan daripada lelaki berusia 39 tahun berhubung ugutan itu yang dibuat terhadap mangsa di TikTok.

Siasatan polis mendapati pengadu melihat dua hantaran berhubung fitnah dan ugutan terhadap mangsa pada 30 Jun lalu.

Kedua-dua akaun TikTok itu menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan itu juga didapati mempunyai unsur ugutan dan ancaman kepada Rajeswary (Esha) dan menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Namun, kandungan tersebut difahamkan telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut.

Pembuli Esha

Suspek ditahan reman di IPD Sentul sehingga esok untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).

Terdahulu, mendiang Esha ditemui meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu. Mendiang dilaporkan telah menjadi mangsa buli di media sosial dan pernah tampil meminta pertolongan kerana sudah tidak tahan menghadapi situasi itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pembunuh Baby Zara kekal ke tali gantung
6 days ago

"Kemaluan Terkoyak Teruk, Keseluruhan Otak Cedera" - Pembunuh Baby Zara Kekal Ke Tali Gantung

The post Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments